Inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berpuasa melatih diri kita mental dan fizikal supaya bersabar ..penat, letih, lesu, lapar dan dahaga bukanlah lesen bagi kita untuk marah2 dan tidak melakukan tanggungjawab dgn baik...Orang yang jahil dan kurang faham akan mengganggap ianya satu beban dan penyiksaan...sedangkan org org yang faham menganggap puasa bulan Ramadhan adalah satu masa yg dinanti dan di syukuri.....
Sementelahan pula..menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting..istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai..kecewa itu adalah penyakit lumrah dalam kehidupan lantaran kerdilnya hati manusia yang tidak tahan dan tidak sabar menerima ujian....adakala aku jua merasakannya.... aku jua mudah lupa. walau betapa bijak, kaya dan berkuasanya seseorang itu kita tidak mampu menolak takdir Allah...sudah ditentukanNya bahawa setiap manusia itu akan diuji...
Seharusnya hati org mukmin tatkala berhadapan dgn persoalan hidup, mereka tunduk patuh pada kehendakNya, krn merasakan segala yg berlaku adalah dgn izinNya malah adalah wajar mereka memuji kekuasaanNya kerana setiap ujian itu adalah nikmat, andai kebaikan yang datang,bersyukurlah bersama deraian air mata, kalau ia berupa kesusahan maka bersabarlah dan redha bersama air mata kecekalan mu..
Bila berpuasa, bererti kita mengajak diri kita supaya bersabar..untuk tujuan inilah puasa itu diperintahkan agar kita mengerti Allah tentukan kehidupan di dunia ini adalah pergiliran antara nikmat dan ujian..dan kebahagiaan itu sebenarnya hanya akan wujud bila mereka yang boleh bersabar ....
Sesungguhnya....terlalu sukar untuk menjadi insan yang sabar dan bersyukur.....hingga kini aku masih berusaha mendidik jiwa,hatiku akalku dan mindaku....
No comments:
Post a Comment