Monday, August 16, 2010

Kepentingan PUASA...

   Tiada kesabaran adalah satu kekurangan yang membahayakan diri...terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang meminta agar kita dapat berlaku sabar...ketika melaksanakan tanggungjawab....ketika dilanda musibah dan masalah malah ketika kita diberikan kesenangan jua sifat sabar amat diperlukan....
Inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berpuasa melatih diri kita mental dan fizikal supaya bersabar ..penat, letih, lesu, lapar dan dahaga bukanlah lesen bagi kita untuk marah2 dan tidak melakukan tanggungjawab dgn baik...Orang yang jahil dan kurang faham akan mengganggap ianya satu beban dan penyiksaan...sedangkan org org yang faham menganggap puasa bulan Ramadhan adalah satu masa yg dinanti dan di syukuri.....
  Sementelahan pula..menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting..istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai..kecewa itu adalah penyakit lumrah dalam kehidupan lantaran kerdilnya hati manusia yang tidak tahan dan tidak sabar menerima ujian....adakala aku jua merasakannya.... aku jua mudah lupa. walau betapa bijak, kaya dan berkuasanya seseorang itu kita tidak mampu menolak takdir Allah...sudah ditentukanNya bahawa setiap manusia itu akan diuji...
  Seharusnya hati org mukmin tatkala berhadapan dgn persoalan hidup, mereka tunduk patuh pada kehendakNya, krn merasakan segala yg berlaku adalah dgn izinNya malah adalah wajar mereka memuji kekuasaanNya kerana setiap ujian itu adalah nikmat, andai kebaikan yang datang,bersyukurlah bersama deraian air mata, kalau ia berupa kesusahan maka bersabarlah dan redha bersama air mata kecekalan mu..
   Bila berpuasa, bererti kita mengajak diri kita supaya bersabar..untuk tujuan inilah puasa itu diperintahkan agar kita mengerti Allah tentukan kehidupan di dunia ini adalah pergiliran antara nikmat dan ujian..dan kebahagiaan itu sebenarnya hanya akan wujud bila mereka yang boleh bersabar ....
   Sesungguhnya....terlalu sukar untuk menjadi insan yang sabar dan bersyukur.....hingga kini aku masih berusaha mendidik jiwa,hatiku akalku dan mindaku....

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al -Mubarak

Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran padaNya...
kerana dengan izinMu aku berkesempatan bertemu dgn bulan yg penuh barakah
Tiap kali hadirnya Ramadhan terlalu sukar bagiku untuk melupakan memori lalu meskipon hampir sepuluh tahun berlalu....segalanya masih segar diingatan...
16 Ramadhan kira2 sepuluh tahun yang lalu aku kehilangan insan yg begitu bermakna dalam hidupku....
Lelaki yg begitu memahami diriku....ABAH....aku tidak pernah menyangka Syawal tahun sebelumnya adalah kali terakhir aku dapat bersalaman dan mencium tangan seorang lelaki bergelar Abah....tapi itulah kehidupan...terlalu sukar untuk di ramal...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui....dan Sesungguhnya aku yakin dan percaya sepnuh hati..perjalanan hidupku yg ditentukanNya adalah yg terbaik buat ku....
Buat arwah abahku yg amat aku sayangi dan rindui....semoga rohmu di tempatkan bersama insan2 yg beriman..setiap memori bersamamu tidak mungkin aku lupakan.....